Apa Itu VPN?
VPN ialah kata singkatan dari Virtual Private Network atau dalam bahasa Melayunya Rangkaian Peribadi Virtual/Maya.
Rangkaian: Beberapa jumlah peranti (device) yang boleh berkomunikasi melalui kaedah-kaedah tertentu. Peranti ini termasuklah kompoter, mesin pencetak, router, dan lain-lain.
Peribadi/Persendirian: Sesuai dengan namanya, peribadi ditafsirkan sebagai komunikasi di antara dua atau lebih peranti, dalam keadaan rahsia atau istilah internetnya encrypted.
Virtual/Maya: The New Hacker's Dictionary menafsirkan virtual sebagai;
virtual /adj./ [via the technical term “virtual memory”, prob. from the term “virtual image” in optics]
1. Common alternative to {logical}; often used to refer to the artificial objects (like addressable virtual memory larger than physical memory) simulated by a computer system as a convenient way to manage access to shared resources.
2. Simulated; performing the functions of something that isn’t really there. An imaginative child’s doll may be a virtual playmate. Oppose {real}.

Bagi anda mungkin ada yang mengganggap penggunaan VPN ini senang iaitu dengan hanya menaip butiran anda dan tekan enter. Pap! Connection anda telah disekuritikan. Tetapi adakah anda tahu akan proses yang berlaku di sebalik virtual private network ini?
Apabila kita menggunakan internet, segala packet yang dihantar adalah tidak secure. Jadi hacker mudah untuk mencuri maklumat anda sama ada menjadi Man In The Middle atau dengan teknik hacking yang lain. Sebenarnya banyak lagi teknik hacking yang membolehkan hacker mencuri data anda(anda boleh menggunakan google untuk mengetahui cara yang lain itu).Jadi apa VPN ni buat untuk secure kan connection kita dari diceroboh? VPN akan membuat satu terowong yang menghubungkan komputer anda dengan komputer lain atau server yang ingin anda berhubung. Di dalam terowong itu pula mengandungi maklumat anda. Kalau tidak menggunakan VPN, terowong ini tidak ada. Hanya dengan menggunakan VPN sahaja terowong ini wujud. Baiklah, di dalam terowong itu pula terdapat segala maklumat anda.
Melalui terowong ini pula, anda akan dapat faedah:
1. Komunikasi dua hala yang lebih selamat
2. Bebas dari ancaman penggodam
3. Menyembunyikan IP asal dan menggantikan dengan IP pelayan VPN.
4. Untuk mendapatkan kembali akses ke laman web yang telah disekat, seperti forum, game online, laman video streaming, laman sosial dan lain-lain
5. Untuk memiliki keselamatan yang lebih baik ketika membeli secara online
6. Untuk menghentikan pembekal enjin carian daripada mengumpulkan dan mencatat maklumat tentang sejarah internet mereka dan kebiasaan carian
7. Sebagai langkah anonimiti di internet
8. Membolehkan teknologi P2P berfungsi kembali (Torrent)
9. Mengubah IP bererti mengubah geolokasi, dan anda dapat tampil seolah-olah dari mana-mana sudut dunia, bahkan dari US sekalipun
Jadi bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan VPN dapat melepasi kuota atau had bandwidth bulanan broadband/ISP?
Sebenarnya sama ada anda menggunakan VPN atau tidak, sambungan internet anda masih melalui ISP anda terlebih dahulu. Cuma bezanya, ketika anda menggunakan sambungan VPN, komunikasi anda dienkripsi dan data tidak dapat dibaca oleh mana-mana pihak. Namun itu tidak bererti bandwidth anda juga begitu!
Bagi mana-mana servis VPN yang mendakwa servis mereka dapat melepasi (bypass) kuota broadband, mengapa anda tidak katakan perkara yang benar, bahawa itu semua berlaku kerana kelemahan sekuriti dari penyedia servis tersebut (security flaw)? Ia bukan 'jasa' dari VPN anda, sebaliknya hanyalah berlaku dari kelemahan sekuriti dan kemudian dimanipulasi oleh sambungan terekripsi itu tadi. Sekiranya kelemahan sekuriti ini diketahui oleh penyedia servis, ia akan segera ditampal. Tetapi sebagaimana yang kita ketahui, sehingga sekarang nampaknya ia masih belum dilakukan.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan